Kelas asas kembara 23 mac minggu ni
belajar pasal kayak. Kayak? Haaa teruja tak dengar? Dengar je kayak teruja
sangat tapi takut jugak.. macam2 laa fikir.. sebelum naik tu, En. Ifrat ada
bagi pengenalan tentang bahagian2 kayak.. yang paling penting kenalah pakai
jaket keselamatan (Bouyancy Aid or Personal Floatation Device) untuk memastikan
kita terapung walaupun terjatuh ke dalam air.. macam mamat2 kat bawah ni.. =P
(pinjam gambar sat =P)
Tadaaaa..bila dah pakai, baru lah
selamat.. hehe lepas tu, kami kena turun kat air dan berenang dulu sebelum
berkayak.. belajar imbangkan badan.. walaupun tak pandai berenang, dengan
adanya buoyancy aid ni, boleh jugak la berenang.. hehe
Okay, sekarang kita kenal dulu
bahagian-bahagian kayak:
1)
Star
Board Side
Bahagian
kanan kayak.
2) Port Side
Bahagian
kiri kayak.
3)
Bow
dan Stern (Haluan dan Buritan)
Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak berbentuk tajam dan bulat. Bow dalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan
memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.
4)
Hull
Dinding lantai, geladak bahagian
bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan
kegunaan sesebuah kayak itu.
5)
Toggles
Sejenis tali atau tempat pemegang
yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah memudahkan
anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke
tebing.
6)
Cockpit
Ruangan yang terletak
ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan
di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh
ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.
7)
Seat
(Tempat Duduk)
Tempat duduk pendayung yang
terletak di dalam cockpit. Tempat duduk yang tlnggi akan memberikan kesan
terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendan tahap
imbangannya. Tempat duduk yang rendan pula stabil imbangannya namun
menghasilkan daya dayungan yang rendah.
8)
Coaming
Bahagian tepi yang kecik dan
nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki
cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.
9)
Hatches
Lubang berpenutup yang terdapat
di tengah bahagian foredeck dan
aftdeck.Fungsinya ialah untuk
menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada
saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.
10) Bouyancy Aid
Bahan apungan yang terdapat di
dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi
utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air.
Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah.
Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan
Polisterin.
Bahagian dayung
Blade (Bilah mata dayung)
Blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.
Blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.
Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
Ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.
Neck (leher Pendayung)
Bahagian pencantuman antara blade dan shaft.
Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.
Back of Balde (Belakang Dayung)
bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.
Jom
tengok kitorang berkayak...... hehe
Refleksi:
Kelas minggu ini mengajar bagaimana bermain
kayak. Kayak sebenarnya telah bermula seawal peradaban manusia lagi. Ini kerana
air merupakan sumber pengangkutan utama bg mereka. Berkayak memberi pengalaman
yang baru dan lebih bermakna lagi jika aktiviti rekreasi sebegitu dilakukan
secara berkumpulan yang mampu menjamin kecergasan minda.Kayak yang berbentuk
seakan perahu moden dengan rekaan meruncing tajam di kedua-dua hujungnya sesuai
untuk dikendalikan sama ada seorang atau lebih jurumudi.Untuk berkayak memerlukan
seseorang yang mempunyai kekuatan tangan sebagai jentera utama untuk
mendayungkan kayak.
Namun, bagi aktiviti santai dan rekreasi cukup sekadar memahami teknik mendayung kayak, selain bijak mengimbangkan kerangka kayak bagi mengelak kayak daripada terbalik. Memakai jeket keselamatan juga sangat penting sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak dingini. Selain itu, mengenali bahagian-bahagian kayak dapat menambahkan pengetahuan kita terhadap aktiviti ini. Oleh itu, bagi sesiapa yang belum mencuba aktiviti ini, disarankan supaya mencubanya. Tak pandai tak apa, yang penting adalah pengalaman.
Namun, bagi aktiviti santai dan rekreasi cukup sekadar memahami teknik mendayung kayak, selain bijak mengimbangkan kerangka kayak bagi mengelak kayak daripada terbalik. Memakai jeket keselamatan juga sangat penting sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak dingini. Selain itu, mengenali bahagian-bahagian kayak dapat menambahkan pengetahuan kita terhadap aktiviti ini. Oleh itu, bagi sesiapa yang belum mencuba aktiviti ini, disarankan supaya mencubanya. Tak pandai tak apa, yang penting adalah pengalaman.
Sekian =)