JellyPages.com

Thursday 30 May 2013

pemasangan khemah dan aplikasi ikatan

Assalamualaikum...

Hari ini kami belajar pasal memasang khemah dan aplikasi ikatan yang telah kami pelajari pada sesi yang lepas.

ha. nak tahu tak ikatan apa yang kami guna. hehe..

ikatannya ialah.... jeng2...

1. belay setting

2. flying fox setting
3. fly shit setting

kalian nak tengok tak macam mana kami membangunkan khemah kami.. 

(ni tali untuk mengampu khemah)
p/s: pastikan tegang ye kawan-kawan.


tadaaa...! da siap :)



Refleksi :
Di akhir pembelajaran, kami dapat mempelajari jenis-jenis khemah dan ikatan yang khusus digunakan untuk mendirikan khemah. ha! bolehlah kami mengaplikasikan jenis ikatan ini semasa kem kami di Gopeng dan Ayer Hitam nanti :). selain itu, kami dapat menggarap nilai kerjasama antara kami dan yang penting ukhwah antara kami terjalin semakin erat. Sahabat.. untuk selamanya.. Setia  :)
 






Peti Pertolongan Cemas (First Aid)

Sabtu - 18/05/2013


Assalamualaikum semua..
Hari ni kami semua belajar pasal peti pertolongan cemas tau. Nama 'omputeh'nya ialah 'First Aid'. kawan-kawan nak tahu tak apa itu pertolongan cemas? ha!


Pertolongan cemas tu ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. 


Antara peralatan yang umumnya ialah......  jeng2x....



Ni ha peti pertolongan cemasnya, antara peralatan yang sangat penting untuk menghulurkan bantuan yang cemas dan segera kepada mereka yang memerlukan. Tengok-tengok macam tu, apa ye yang terkandung di dalam peti pertolongan cemas ni dan apa pula fungsinya. Jom kita tinjau.... ^^
1. Triangular bandage (kain anduh) : Untuk mengampu bahagian kecederaan/kepatahan, membalut luka/pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang.


2. Sterile eye pad : Melindungi mata yang tercedera/ terkena bendasing.


3. Non-sterile gauze dan sterile gauze :
Melakukan pencucian luka/ membuat balutan/ memberi tekanan pada pendarahan dan menstabilkan kepatahan.


4. Elastic bandage/ crepe bandage : 
Menstabilkan kecederaan/kepatahan/untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan. eg: dislocation (terseliuh).


5. Glove-disposable/ nonsterile : Melindungi diri dari sebarang cecair badan/ sumber jangkitan.


6. Scissor : Memotong gauze/ bandage.


7. Adhesive tape : Melekatkan balutan dan pembebat.


8. Sterile multi-trauma dressing/gauze : Melakukan pembebatan luka.


9. Alcohol prep pads : Mencuci sebarang bendasing/ kekotoran pada luka sebelum membalut.


10. Cotton bud : Memcuci luka pada kawasan sukar.


11. Acriflavine (ubat kuning) : Untuk antiseptic.


12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) : 

Antiseptic dan digunakan sebagai cucian luka luar.

13. LMS solution (minyak kuda) : melegakan sakit otot.

..... Kita dah tahu kan apa yang ada dalam First Aid tu kan, sekarang kita pergi kepada jenis luka dan pedarahan pula. ha! nah! kami bagi ni ^^

jenis-jenis luka dan pendarahan.jpg
Nampak tak 2x? nampak kan :)

....Dalam kelas hari tu, kami ada buat demostrasi sikit tau, sein yang jadi modelnya... nak tinjau2 tak? jom....

Ni encik tunjukkan cara- cara untuk CPR.


(Untuk CPR sekarang ni dah 50 blow, 50 blow da tau) 

Refleksi :
Pada akhir pembelajaran, kami dapat mengetahui :

  1. Alatan yang terkandung dalam First Aid.
  2. Fungsi alatan First Aid
  3.  Jenis-jenis luka dan pendarahan yang ada.
  4. Cara untuk melakukan CPR.