JellyPages.com

Thursday 18 April 2013


Kelas asas kembara 23 mac minggu ni belajar pasal kayak. Kayak? Haaa teruja tak dengar? Dengar je kayak teruja sangat tapi takut jugak.. macam2 laa fikir.. sebelum naik tu, En. Ifrat ada bagi pengenalan tentang bahagian2 kayak.. yang paling penting kenalah pakai jaket keselamatan (Bouyancy Aid or Personal Floatation Device) untuk memastikan kita terapung walaupun terjatuh ke dalam air.. macam mamat2 kat bawah ni.. =P



(pinjam gambar sat =P)


Tadaaaa..bila dah pakai, baru lah selamat.. hehe lepas tu, kami kena turun kat air dan berenang dulu sebelum berkayak.. belajar imbangkan badan.. walaupun tak pandai berenang, dengan adanya buoyancy aid ni, boleh jugak la berenang.. hehe

Okay, sekarang kita kenal dulu bahagian-bahagian kayak:


 1)   Star Board Side
 Bahagian kanan kayak.

     2)   Port Side
 Bahagian kiri kayak.

     3)     Bow dan Stern (Haluan dan Buritan)
Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak berbentuk tajam dan bulat. Bow dalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.

     4)    Hull 
Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.
 
     5)    Toggles 
Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing.

     6)    Cockpit 
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.

     7)    Seat (Tempat Duduk)
Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Tempat duduk yang tlnggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendan tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendan pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang rendah.

     8)    Coaming 
Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.
  
     9)    Hatches 
Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan
aftdeck.Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.

    10) Bouyancy Aid
Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.


Bahagian dayung 


Blade (Bilah mata dayung)

Blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.

Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
Ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.

Neck (leher Pendayung)
Bahagian pencantuman antara blade dan shaft.

Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

Back of Balde (Belakang Dayung)
bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Jom tengok kitorang berkayak...... hehe




Refleksi:
Kelas minggu ini mengajar bagaimana bermain kayak. Kayak sebenarnya telah bermula seawal peradaban manusia lagi. Ini kerana air merupakan sumber pengangkutan utama bg mereka. Berkayak memberi pengalaman yang baru dan lebih bermakna lagi jika aktiviti rekreasi sebegitu dilakukan secara berkumpulan yang mampu menjamin kecergasan minda.Kayak yang berbentuk seakan perahu moden dengan rekaan meruncing tajam di kedua-dua hujungnya sesuai untuk dikendalikan sama ada seorang atau lebih jurumudi.Untuk berkayak memerlukan seseorang yang mempunyai kekuatan tangan sebagai jentera utama untuk mendayungkan kayak.

Namun, bagi aktiviti santai dan rekreasi cukup sekadar memahami teknik mendayung kayak, selain bijak mengimbangkan kerangka kayak bagi mengelak kayak daripada terbalik. Memakai jeket keselamatan juga sangat penting sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak dingini. Selain itu, mengenali bahagian-bahagian kayak dapat menambahkan pengetahuan kita terhadap aktiviti ini. Oleh itu, bagi sesiapa yang belum mencuba aktiviti ini, disarankan supaya mencubanya. Tak pandai tak apa, yang penting adalah pengalaman. 

Sekian =) 
23 MAC 2013 (WALL CLIMBING)


Ehem-ehem, nak panjat dinding? Betul ke nie? Macam mana nak panjat ni, kuasa Spiderman pun tak ada.

Sebenarnya kawan-kawan, bukan panjat macam spiderman tu, macam ni la. :)

( Encik Ifrat yang panjat ni :) )

Kawan-kawan nak tahu tak apa-apa pasal wall climbing ni?

Yang melekat-lekat kat dinding tu dipanggil 'Hold', 'Hold' tu ada pelbagai jenis warna dan bentuk, 'Hold' berperanan sebagai medium untuk kita mendaki sampai ke puncak atas tu.

Dalam wall climbing ni, ada dua individu yang terlibat, iaitu Climber (pemanjat) dan Bilayer (yang memegang tali di bawah).
Climber dan Bilayer haruslah saling berkomunikasi diantara satu sama lain semasa proses memanjat agar keselamatan kedua-duanya terjamin. Biasanya mereka menggunakan isyarat 'Belay Command' (isyarat komando) seperti;

Climber : "Belay On...!"
Bilayer  : "On Belay....!"
Climber : "Pull".
Bilayer  : tanpa menjawab, bilayer mengawal tali pengaman.
Climber : "Slack...!"
Bilayer  : tanpa menjawab, bilayer mengendurkan tali pengaman.
Climber : "rock...!"
Bilayer  : tanpa menjawab, menghindari benda yang jatuh.
Climber : "Off Belay...!"
Bilayer  : "Belay Off...!"

CLIMBER
*Mengenal terlebih dahulu jenis-jenis pemanjatan serta penguasaan kawasan pemanjatan terlebih dahulu.
*Mengetahui karekter tebing yang ingin dipanjat.
*Tahu peralatan apa yang harus dipersiapkan.
*Memasang pengaman sekuat mungkin.
*Mengatur jarak diantara pengaman dengan tali.

BILAYER*Melindungi pendaki dengan menggunakan tali.
*Menahan pendaki sewaktu pendaki turun.
*Bahagian penting dalam memastikan keselamatan pendaki.


PERALATAN UNTUK WALL CLIMBING 

Kawan-kawan nak tahu tak? Nak wall climbing pun ada peralatan khusus untuk aktiviti ini tau. Kat bawah ni contoh-contoh peralatannya. :)

Tali kernmental
* Menghubungkan Climber dangan Bilayer.
* Sebagai penyokong untuk turun dan naik.
*Terdapat dua jenis tali iaitu tali Statis dan tali Dinamis.

Carabiner
*Mempunyai gate yang bertujuan menghubungkan sesuatu alatan yang lain seperti Cam dan Draw.
*Terdapat carabiner D atau Oval, Snap dan Carabiner HMS.
*Carabiner HMS mempunyai kunci sebagai pengaman - dipakai oleh bilayer.

Harness
*Terdapat dua jenis iaitu Body Harness dan Seat Harness.
*Full Body Harness - dihubungkan pada seluruh badan.
*Seat Harness - seperti seluar.
*Menghubungkan tali - untuk naik dan turun serta perlindungan.

Belay Devices 
*Untuk menahan tali sewaktu Climber memanjat agar tidak jatuh.
*Contoh : Figure 8, ATC, Grigri.

Kapur Magnesium atau Bag Chalk
*Beg yang berisi kapur magnesium,
*Dipakai pada pinggang pada bahagian Climber.
*Mengurangkan kelembapan pada tangan.

Sepatu Panjat
*Kasut khusus untuk memanjat (Climber).
*Kekuatan tapak untuk mencengkam tebing.
*Tapak yang lentur - memudahkan Climber untuk dipanjat.



REFLEKSI

*Penerangan yang penuh padat dan berinformasi serta demostrasi yang berpratikal.
*Hak sama rata - semua diberi peluang untuk memegang posisi Climber dan Bilayer.
*Revision mengenai teknik dan jenis-jenis tali diguna pakai dalam wall climbing: Figure of 8, double lub figure of eight knob, fisherman knot dan bowling knot.
*Menambah pengetahuan yang mengembirakan+tutor yang best :)


SNAP - SNAP





·   



·     
·       




·  

Thursday 4 April 2013

Knot, Bend dan Hitch

Assalamualaikum semua... Minggu ini 16 mac 2013, kelas asas kembara belajar mengenai Knot, Bend dan Hitch. Jom kita lihat perbezaannya..

KNOTS (SIMPUL)
Definisi:
Simpul adalah ikatan pada tali atau tambang yang di buat dengan sengaja untuk keperluan tertentu

BENDS (SIMPUL PENYAMBUNG)
Definisi:
Simpul yang digunakan untuk menyambung dua tali untuk menghasilkan tali gabungan yang lebih panjang. Simpul ini juga boleh digunakan pada dua tali yang berbeza diameternya. Contoh simpulan bunga geti.

HITCH (SIMPUL PENGIKAT)
Definisi:
 Simpul yang diikat pada benda atau objek lain. Objek tersebut tali lain yang bukan digunakan untuk mengikat simpul ini. (tali yang diikatkan ke tali lain)
Jom tengok jenis-jenis Knot dan Bend:

jenis2 simpulan:

1) Thumb Knot (Simpul mati)
 

Kegunaanya: Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dan dalam kondisi tidak licin/ tidak basah. Sesuai digunakan untuk mematikan ikatan


2) Reef Knot (Buku Sila)
 
Kegunaannya : Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula

3) Clove hitch 1 ( Simpulan Manuk)
 
Kegunaannya : Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. Sebagai contoh, untuk mengikat tali pada batang kayu, mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh, mengikat khemah pada tiang kayudan  memulakan ikatan pada kayu.

4) clove Hitch2 (simpulan Manuk 2)
         
Kegunaanya: Merupakan asas bagi menambat ikatan di hujung atau di tengah-tengah tali. Boleh dijadikan sebagai ikatan sauh dan
Digunakan untuk mengikat mangsa di usungan (ikatan awal dan akhir).

5) Fisherman's Knot (Simpulan Pengail)
 
Kegunaannya : -Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin.

6) Double fisherman knot
 
Kegunaanya: Simpul ini diguanakan untuk menyambung tali yang dalam keadaan basah. Ia juga digunakan untuk manyambung dua tali yang berbeza ukuran.

7) Bowline (Tindih Kasih)
 
kegunaanya: Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.



8) Figure of 8 (Simpul Angka 8)
 
Kegunaannya:Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots

9) Figure of 8 on the bight
 
Kegunaanya: Digunakan untuk meletakkan gelung di hujung tali, atau di sekitar objek. Ia juga berguna untuk menyamakan beban pada dua sauh. Ia juga digunakan dalam mendaki dan meneroka gua.

10) Figure of 8 follow through
 
Kegunaanya: Digunakan ntuk menyangkut bahagian tanjul pada pancang dan sebagai ikatan sementara semasa memanjat dinding.

Refleksi:
           Ramai yang mengeluh apabila belajar tentang simpulan dan ikatan. Agak  sukar menguasai kemahiran ini, tetapi jika menggunakan teknik yang betul dan mengetahui caranya-caranya pasti mudah. Ilmu ini amat berguna dalam kehidupan seharian. Kemahiran ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang di saat kecemasan. Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam menaiki bot, memancing, perhiasan, mengangkat barang, menghubungkan sesuatu, aktiviti wall climbing, flying fox, abseiling dan sebagainya.
Akhir kata, pembelajaran minggu ini amat berguna dan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih =)